"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Dalam kebanyakan situasi kematian, selalunya si mati akan meninggalkan harta seperti wang di bank, saham, kereta, motor, tanah, rumah dan lain-lain lagi. Samaada si mati ada meninggalkan wasiat atau tidak, harta-harta ini tidak boleh dilupuskan begitu sahaja oleh waris si mati. Waris-waris perlu mendapatkan kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut samaada melalui Amanah Raya, Pejabat Pesaka Kecil ataupun Mahkamah Tinggi Sivil bagi menguruskan harta pesaka tersebut.
Amanah Raya boleh bertindak sebagai pentadbir bagi harta alih dan harta tak alih atau harta alih sahaja dengan nilai maksimum sebanyak RM600,000.00. Manakala Pejabat Pesaka Kecil mempunyai kuasa untuk membicarakan dan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir bagi harta alih dan tak alih dengan nilai tidak melebihi RM2,000,000.00. Mahkamah Tinggi Sivil pula mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang kes samaada melibatkan harta alih sahaja atau kedua-duanya sekali dan tanpa mengira jumlah nilaian harta pesaka tersebut.
Namun begitu, prosiding bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil hanya boleh dilakukan melalui peguam dan melibatkan kos yang agak tinggi. Waris-waris sebaliknya boleh membuat sendiri permohonan pesaka di Pejabat Pesaka Kecil dengan kos yang paling minima. Amanah Raya pula mempunyai kuasa untuk melantik dirinya menjadi Pentadbir bagi harta pesaka si mati melibatkan harta alih tanpa perlu merujuk kes ke Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pesaka Kecil dengan nilai bayaran yang tertentu.
Namun begitu lantikan peguam akan memudahkan kerja semua ahli waris disamping peluang untuk berbincang dan mendapatkan pemahaman tentang segala isu samaada dari segi undang-undang ataupun prosidur. Tempoh masa yang diambil juga singkat berbanding dengan Pejabat Pesaka Kecil yang memakan masa hampir setahun atau lebih.
Kami menawarkan bukan sahaja perkhidmatan untuk memudahkan anda mendapat Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil, malahan kami juga akan menasihati anda kaedah terbaik dan munasabah untuk membahagikan atau melupuskan harta pesaka tersebut. Kami mempunyai pengalaman luas dalam menyelesaikan pertikaian harta pesaka dan mendapatkan Perintah Pentadbiran yang boleh memberi manfaat kepada semua ahli waris.