"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Kesilapan silam adalah suatu pengalaman yang mampu mematangkan.
Ada sesetengah pasangan memulakan alam rumahtangga dengan langkah kiri. Diatas sebab-sebab tertentu mereka telah mengambil tindakan untuk berkahwin dengan tidak mengikut saluran undang-undang yang telah ditetapkan. Akibat daripada itu, mereka akhirnya menemui kesukaran apabila anak yang lahir tidak dapat dinasabkan dengan bapanya itu. Si isteri itu juga tidak dapat menuntut harta sepencarian sekiranya berlaku perceraian atau tidak dapat disenaraikan sebagai waris yang berhak ke atas harta pusaka si suami, setelah suaminya itu meninggal dunia.
Pasangan tersebut juga perlu melalui proses siasatan di Pejabat Agama dan pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah sebelum Sijil Nikah boleh dikeluarkan oleh Pejabat Agama. Mahkamah mungkin akan mengeluarkan Perintah untuk membubarkan perkahwinan tersebut sekiranya bukti yang dikemukakan tidak memadai dan meyakinkan Mahkamah bahawa ianya dilansungkan mengikut lunas undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan atau setidak-tidaknya menepati hukum syarak. Bukan sahaja kedua-dua pasangan itu, malahan saksi dan wali juga boleh dikenakan dengan beberapa pertuduhan jenayah syariah kerana melanggar Enakmen Undang-undang Syariah membabitkan perkahwinan tersebut.
Pasangan terbabit bukan sahaja perlu meluangkan masa dan tenaga malahan juga mungkin terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi dan prosidur sebelum kes mereka diputuskan oleh Mahkamah. Mereka mungkin akan menghadapi tekanan emosi sekiranya proses perundangan tersebut tidak berjalan dengan licin dan mengambil masa yang terlalu lama. Kerana itu khidmat peguam diperlukan untuk membantu dalam melalui segala proses perundangan tersebut.
Kami sedia membantu bagi meringankan beban perundangan tersebut sekiranya anda salah seorang yang perlu membuat permohonan pengesahan nikah itu. Kami akan bersama anda di setiap prosiding Mahkamah, supaya anda boleh melalui proses itu dengan tenang dan yakin. Hubungi kami !.