"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Walaupun perpisahan itu suatu yang menyedihkan. Tapi pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.
Fasakh adalah satu permohonan pembubaran perkahwian yang dibuat oleh isteri kepada Mahkamah berdasarkan alasan-alasan yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, terdapat pelbagai perkara dan keadaan yang boleh menyebabkan suatu perkahwinan itu dibubarkan oleh Mahkamah.
Pun begitu, ianya bukanlah suatu proses perceraian yang mudah. Setiap alasan/alegasi yang dikemukakan perlu disokong oleh bukti yang kukuh dan meyakinkan bagi menjustifikasikan permohonan perceraian itu. Pihak isteri sebagai Plaintif juga perlu memahami dan memenuhi segala maksud dan kehendak undang-undang dalam membuktikan dakwaan yang dikemukakan menurut peruntukkan di dalam Seksyen 53 itu.
Selalunya suami sebagai Defendan akan menentang tuntutan fasakh itu diatas alasan percaya bahawa rumahtangga mereka masih boleh diselamatkan. Proses perbicaraan kebiasaannya akan menjadi panjang dan rumit terutamanya apabila banyak dokumen bukti yang perlu dikemukakan kepada Mahkamah dan sukar untuk mendapatkan kerjasama bagi kehadiran saksi-saksi.
Peguamcara kami bukan sahaja mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam mengendalikan prosiding perceraian secara fasakh malahan sekiranya berkesempatan untuk berbicara dengan Defendan secara peribadi, peguam kami juga mampu untuk mendapatkan persetujuan supaya perceraian dapat dibuat tanpa melalui proses perbicaraan tersebut
Kami sentiasa bekerja secara berkumpulan bagi memastikan setiap prosiding dan pembuktian yang dikehendaki, dibuat secara teliti dan sebaik mungkin. Bersama kami akan membuatkan anda percaya dan yakin pada diri dan sentiasa bersemangat untuk memperjuangkan hak anda di Mahkamah.
Anda berhak mendapat khidmat peguam yang terbaik. Dan kami percaya bahawa kami adalah pilihan terbaik itu.