RAKAN KONGSI
"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
RAKAN KONGSI
Puan Hazlina memperolehi Ijazah Syariah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2010 dan kemudiannya mengambil Diploma Lepasan Ijazah di Universiti Sains Malaysia sebagai memenuhi syarat untuk beramal sebagai seorang peguam syarie.
Personaliti
Walaupun berpewatakan lembut, namun beliau adalah seorang yang tegas dalam berkata-kata. Sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan perkembangan terkini undang-undang Syariah. Kemahuan untuk memperbaiki diri dan sentiasa belajar menjadikan beliau seorang yang sentiasa kehadapan khususnya dalam memperjuangkan isu-isu baru di Mahkamah Syariah.
Sebagai seorang isteri dan ibu, beliau adalah seorang yang kaya dengan sifat empati dan simpati. Kerana itu, tidak sukar untuk klien mengambarkan perasaan dan kedukaan mereka yang sedang mengalami masalah rumahtangga. Namun, sebagai seorang peguam syarie, beliau bijak mengawal dan mempengaruhi emosi dan cara fikir klien supaya menjadi seorang yang positif, cekal dan kuat dalam mengharungi hari-hari yang sukar.
Pengalaman beliau beramal lebih dari sepuluh tahun, banyak membantu dalam memahami psikologi klien dan menjelaskan jalan terbaik yang seharusnya dilakukan oleh klien itu dalam menyelesaikan pergolakan yang berlaku.
Beliau boleh membantu anda melihat permasalahan yang berlaku secara positif dan membuat perancangan yang sebaiknya dalam menangani masalah yang timbul. Anda berhak mempunyai peguam yang bijak mengemudi hak anda di Mahkamah dan bukannya yang turut hanyut dan tenggelam dalam gelora emosi yang tidak menentu.