Pengesahan Nikah, Poligami, Watiq Shubhah, Tuntutan Cerai, Harta Sepencarian, Hadhanah, Nafkah, Mutaah, Pembahagian Harta Pusaka, Hibah, Wakaf, Wasiat, Wasiat Wajibah, Faraid Munasakhat
"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Pengesahan Nikah, Poligami, Watiq Shubhah, Tuntutan Cerai, Harta Sepencarian, Hadhanah, Nafkah, Mutaah, Pembahagian Harta Pusaka, Hibah, Wakaf, Wasiat, Wasiat Wajibah, Faraid Munasakhat
Tentang Kami
Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul pada asalnya dikenali sebagai Tetuan Hanani, Dzul & Associates yang ditubuhkan pada Jun, 2017. Ianya diterajui oleh En. Dzulkarnain bin Mohamad dan Cik Siti Norhanani binti Abdul Kadir. Firma ini kemudiannya ditukar nama kepada Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul dengan kemasukan dua orang rakan kongsi iaitu Pn. Hazlina binti Daud dan Puan Rabiatul Adawiyah binti Ramli pada tahun 2021. Kini firma kami beroperasi di dua cawangan iaitu di Bandar Indera Mahkota dan di Taman Tas, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Modus Operandi
Kami percaya bahawa kebanyakan pertikaian di Mahkamah berpunca daripada kurangnya ilmu dan kefahaman yang betul oleh dua pihak yang bertelingkah itu. Kerana itu seseorang peguamcara yang dilantik bukan sahaja perlu mahir dalam mengendalikan kes-kes di Mahkamah malahan juga wajib mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menasihati dan memberikan kefahaman kepada anakguamnya tentang proses undang-undang itu sendiri.
Kami juga percaya bahawa 'Two heads are better than one'. Di atas prinsip itu, kami mempunyai barisan peguam yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam mengendalikan setiap kes syariah. Adalah menjadi budaya di firma ini, dimana segala kes yang kami kendalikan akan dikaji dengan teliti, diperbincangkan dengan mendalam, dirangka dengan tepat dan sempurna dan diperjuangkan dengan sehebatnya. Kami juga akan berjalan seiringan dengan anakguam kami, memberi semangat dan dorongan supaya mereka tabah dan berani menghadapi liku-liku perjuangan dan yakin bahawa pasti akan ada cahaya yang bersinar terang di hujung perjalanan yang gelap itu.
Walaupun kami tidak menjanjikan kejayaan diakhir setiap perjuangan, namun kami yakin dan percaya bahawa setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Yang pasti, kita tidak pasrah terhadap segala yang menimpa tanpa berusaha dan berjuang untuk menuntut apa yang sebenarnya adalah hak kita sendiri.
فإذا عزمت فتوكل على الله، إن الله يحب المتوكلين
“Bila kamu telah bertekad untuk melakukan sesuatu, maka berserah dirilah kepada Allah,
Allah betul-betul suka kepada orang yang berserah diri.” (Q. Ali ‘Imran 3: 159).
Alamat Firma Kami
Ibu Pejabat
Cawangan