"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Tetuan Idayu, Hanim & Dzul ditubuhkan hasil gabungan dua firma guaman iaitu Tetuan Idayu, Hanim & Partners dan Tetuan Dzulkarnain & Associates. Firma ini mengendalikan kes-kes litigasi dan permohonan di Mahkamah Sivil dan juga fail-fail conveyancing melibatkan urusan perjanjian jualbeli hartanah, pinjaman bank, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Usahasama, Perjanjian Kontrak dan lain-lain lagi.
Hasil dari usahasama antara Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul dan Tetuan Idayu, Hanim & Dzul, segala urusan dan permohonan melibatkan Mahkamah Tinggi Sivil dan Pejabat Tanah dan lain-lain jabatan kerajaan seperti permohonan Surat Mentadbir Kuasa, Pelupusan Harta Pusaka dan pendaftaran wasiat, hibah dan turunmilik akan dilaksanakan oleh firma guaman sivil tersebut kerana firma guaman syarie tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.
Tetuan Wafda Kamilen & Associates kini beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan. Hasil kerjasama antara Tetuan Wafda Kamilen & Associates dan Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul, kebanyakan kes yang dikendalikan Tetuan Wafda Kamilen & Associates akan dirujuk untuk semakan dan perbincangan bersama bagi memastikan klien-klien mendapat pembelaan terbaik daripada firma guaman tersebut.
Terdapat juga sesetengah kes akan dikendalikan terus atau bersama dengan Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul terutamanya kes-kes di negeri Pahang dan Kuala Lumpur sebagai rakan peguam kepada Tetuan Wafda Kamilen & Associates.