"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Kau hadir dengan seribu fitnah
Harta.... satu nikmat duniawi yang sukar untuk ditolak. Namun ianya juga adalah racun yang boleh membinasakan seseorang individu, masyarakat malahan negara sekalipun. Kerana itu, Allah telah menurunkan Al-Quran yang menetapkan tatasusila bagaimana untuk kita berurusan dengan harta itu, supaya ianya memberi keberkatan kepada pemiliknya dan bukannya menjadi fitnah yang merosakkan.
Kaedah pengurusan harta telah digubal menjadi undang-undang untuk dipraktikkan di negara ini melalui pelbagai akta dan enakmen. Antara undang-undang yang digubal secara spesifik berkaitan pengurusan harta adalah Kanun Tanah Negara, Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian), Akta Wasiat, Akta Probet dan Pentadbiran dan lain-lain lagi.
Di Mahkamah Syariah, tuntutan berkaitan harta melibatkan pembahagian harta pusaka secara faraid, wasiat, hibah dan harta sepencarian manakala di Mahkamah Sivil pula ianya berkaitan dengan lantikan pentadbir dan pelupusan harta.
Kelebihan kami
Kami mempunyai peguam yang berkelayakan untuk hadir di Mahkamah Syariah dan juga di Mahkamah Sivil bagi membuat dan menyelesaikan kesemua jenis tuntutan yang dinyatakan itu. Lebih daripada itu, kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengadakan perundingan bagi menyelesaikan sengketa keluarga akibat daripada perebutan harta tersebut. Izinkan kami mengubati segala keluh kesah anda dalam menyelesaikan segala urusan berkaitan harta yang anda ingin lupuskan dan selesaikan samaada semasa pemilik harta tersebut masih hidup mahupun setelah pemilik tersebut meninggal dunia. Anda ada masalah, kami ada penyelesaiannya. Hubungi kami hari ini.