"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Puan Rabiatul Adawiyah memulakan kariernya sebagai peguam syarie Negeri Pahang pada tahun 2018. Beliau adalah pemegang Ijazah Undang-undang Syariah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Karier
Pada bulan Januari, 2022, Pn. Rabiatul Adawiyah bersama-sama Pn. Hazlina telah membuka cawangan Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul di alamat B-12, Tingkat 1, Jalan Pandan Damai 2, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Walaupun Pn. Rabiatul Adawiyah baru beberapa tahun beramal sebagai peguam syarie, namun beliau mempunyai kualiti dan dilihat sebagai satu aset yang bernilai. Sebagai peguam yang paling muda di dalam firma ini, Pn. Rabiatul Adawiyah berperanan membantu barisan peguam lain dalam penyediaan kes di Mahkamah. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan kes-kes beliau sendiri dengan dibantu pula oleh barisan peguam di dalam firma ini.
Antara kes yang dikendalikan oleh beliau termasuklah tuntutan perceraian secara fasakh dan takliq, tuntutan nafkah anak, harta sepencarian, pengesahan hibah dan wasiat, hadhanah dan faraid.
Disamping itu, Pn. Rabiatul Adawiyah juga banyak menyumbang idea dan membangkitkan pelbagai persoalan yang perlu difikirkan sebelum sesuatu kes itu dibawa ke Mahkamah. Ianya secara tidak langsung membantu semua peguam untuk membuat persediaan yang secukupnya dalam memastikan kepentingan anakguam itu dibela dengan sebaiknya. Kami yakin dan percaya bahawa sifat bertolong bantu dan yakin kepada rakan seperjuangan di dalam firma ini akan memberikan manfaat kepada semua dan membolehkan firma ini berkembang maju dan dihormati.