"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
En. Dzulkarnain memperolehi Ijazah Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada tahun 1997. Beliau memulakan amalan sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Sivil bermula dari tahun 1998 sehingga kini. Pada 05/05/2005, En. Dzulkarnain telah diperakui dan didaftarkan sebagai Peguam Syarie oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Pada tahun 2016, En. Dzulkarnain telah bergabung dengan Cik Siti Nurhanani binti Abdul Kadir untuk menubuhkan firma guaman syarie di bawah nama Tetuan Hanani, Dzul & Associates yang kini dikenali sebagai Tetuan Hazlina, Hanani & Dzul.
Pengalaman
En. Dzulkarnain telah beramal sebagai peguambela dan peguamcara dan peguam syarie selama lebih daripada 25 tahun. Sepanjang tempoh itu, En. Dzulkarnain telah beramal di banyak firma guaman sebelum menubuhkan firma guaman sivilnya sendiri di bawah nama Tetuan Hafidz & Dzulkarnain pada tahun 2004. Sebagai seorang peguam sivil dan syarie, En. Dzulkarnain bukan sahaja mewakili anakguamnya di Mahkamah Syariah malahan juga di Mahkamah Sivil khususnya berkaitan dengan isu perlantikan Pentadbir harta pusaka, perlupusan harta dan isu-isu di mana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskannya.
Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang litigasi dipelbagai peringkat Mahkamah SIvil dan Syariah, En. Dzulkarnain dapat menyumbang buah fikiran dan kemahiran beliau dalam menjadikan penaksiran undang-undang syarie suatu yang mudah difahami dan memastikan kaedah yang betul digunapakai sewaktu penyediaan dan pembentangan kes di Mahkamah.
Pengetahuan beliau dalam bidang conveyancing juga merupakan satu kelebihan dimana beliau memahami segala undang-undang yang berkaitan dan segala perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan sesuatu dokumen perjanjian. Kehadiran En. Dzulkarnain, menjadikan firma ini 'one stop centre' bukan sahaja bagi kes-kes syariah, malahan juga pengurusan aset seperti hartanah, syarikat, saham, pelaburan dan sebagainya.
Kemampuan beliau untuk berfikir diluar kotak dan memahami kehendak klien disamping menjunjung kehendak agama sentiasa menjadi penawar terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh klien. Nasihat dan saranan beliau dalam menyelesaikan satu-satu konflik melibatkan keluarga, harta dan kepentingan individu kelihatan begitu mudah untuk difahami, diterima dan dipatuhi. Kemahiran beliau menasihati kedua belah pihak di Mahkamah sehingga menyebabkan suatu kes itu boleh diselesaikan tanpa perbicaraan adalah suatu yang menakjubkan. Namun sekiranya perbicaraan yang menjadi medan tempur, maka beliau adalah peguam yang anda boleh harapkan dan berbangga untuk diwakili.