PERCERAIAN
Bagaimana harus ku hadapi perpisahan ini?.
"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Bagaimana harus ku hadapi perpisahan ini?.
Semua pasangan yang bergelar suami isteri mengimpikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Harapnya paksi cinta yang dibina akan tetap teguh bertahan walaupun ombak dan badai itu menjadi resam rumahtangga. Tiada yang meminta perpisahan setelah mengikat janji setia. Namun, ada kalanya derita yang ditanggung terasa berat dan sukar untuk diubati.
Dia yang dulunya tempat bergantung, pembakar semangat, penyejuk hati kini hanyalah seorang individu kaku tanpa hati dan perasaan. Dia bukan lagi insan dulu yang kita kenali. Kemana hilangnya kasih sayang, cinta dan rindu yang satu ketika dulu mekar di hati?.
Perlukah lagi dipertahankan mahligai yang tidak lagi berseri itu?. Adakah bercerai itu satu pilihan yang tepat?. Adakah kita terburu-buru atau ianya suatu keputusan yang sepatutnya kita ambil dari dulu lagi?.
Jika perpisahan itu penamatnya, bagaimana cara yang terbaik untuk melakukannya?. Apakah kesan setelah perceraian berlaku?. Apakah hak yang boleh dituntut dan apakah yang akan menghilangkan hak itu?. Berapakah harga yang perlu dibayar untuk suatu pembebasan?. Mampukah kita menghadapi semua kekusutan itu?.
Bicara dengan kami
Kami bukan sahaja terikat dengan etika kepeguaman bahawa 'segala maklumat antara peguam dan klien adalah sulit', malahan kami juga menjunjung kepercayaan dan keyakinan yang anda berikan. Kami dilatih untuk menjadi pendengar yang baik dan kawan yang memahami,
Namun yang lebih penting, kami adalah peguam yang jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam memberikan nasihat guaman. Patah sayap bertongkat paruh, kami akan tetap bersama anda, sabar, yakin dan tabah merempuh segala onak dan duri dalam menuntut hak anda di Mahkamah. Kami akan menjawab segala persoalan anda dan mengurai segala kekusutan yang bermain difikiran. Kami mempunyai barisan peguam yang mahir dan mampu membela anda, insyaallah. Hubungi kami. Kami menanti panggilan anda.