"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
Lidah yang tidak bertulang mampu menjadi senjata yang membinasakan
Takliq adalah suatu syarat yang dilafazkan oleh suami untuk menjatuhkan talaq terhadap isterinya. Terdapat dua jenis takliq. Satu, takliq yang dibacakan sewaktu akad nikah dilakukan setelah ijab dan qabul disahkan. Dan keduanya, takliq yang dilafazkan oleh suami dalam tempoh perkahwinan. Bezanya adalah, takliq yang dibacakan oleh suami dalam majlis perkahwinan itu mengikat perlakuan suami itu sendiri manakala takliq yang dibuat oleh suami dalam tempoh perkahwinan mengikat perlakuan oleh si isteri. Bermaksud dalam situasi pertama, suami yang melanggar sumpahnya sendiri, manakala dalam situasi kedua, isteri yang melanggar sumpah yang dilafazkan oleh suaminya itu.
Lafaz takliq dalam tempoh perkahwinan itu pula terbahagi kepada dua, iaitu lafaz soreh atau nyata dan lafaz kinayah atau samar-samar maksudnya iaitu lafaz yang tidak menggunakan perkataan cerai atau talaq.
Hanya Mahkamah yang boleh menentukan samaada telah berlaku perlanggaran syarat yang telah dibuat oleh sang suami atau si isteri bergantung pada jenis takliq. Atau samaada lafaz kinayah yang dibuat itu membawa maksud perceraian atau sebaliknya.
Oleh kerana itu, setiap perbuatan yang telah dilakukan yang dipercayai melanggar syarat yang dinyatakan di dalam takliq yang telah diucapkan perlu dirujuk kepada Mahkamah. Jangan biarkan kemusykilan dan keraguan anda samaada berlaku atau tidak perlanggaran takliq itu tergantung dan berlalu begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku kerana ianya akan memberi impak besar dalam rumahtangga dan keturunan anda.
Ada baiknya untuk anda mendapatkan nasihat profesional sebelum anda melangkahkan kaki ke Mahkamah. Ia mungkin dapat menjimatkan masa dan maruah anda. Kami tidak akan meremehkan apa yang sulit dan tidak menyulitkan apa yang remeh.
Hubungi kami untuk sesi konsultansi. Insyaallah kami mampu merungkai permasalahan anda.