RAKAN KONGSI
"....... BERILAH SETIAP YANG MEMPUNYAI HAK ITU AKAN HAKNYA" - Petikan Hadith
RAKAN KONGSI
Cik Siti Norhanani adalah lepasan Universiti Malaya yang memperolehi Ijazah Undang-undang Syariah pada tahun 2013. Pada tahun 2020, beliau menyempurnakan Masters (Pengajian Islam) di Open University, Malaysia dengan cemerlang. Beliau mempunyai sijil dan kelayakan untuk beramal sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Kelantan dan Negeri Pahang.
Personaliti
Seorang yang amat dedikasi dan komited dalam kerjayanya. Walaupun sibuk dalam memikul tanggungjawab sebagai setiausaha Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang, beliau tetap sentiasa bersemangat untuk berjuang menuntut dan mempertahankan hak klien di Mahkamah. Beliau juga berusaha dalam memberikan kefahaman undang-undang syarie kepada masyarakat awam melalui media sosial iaitu 'Tik Tok' yang kini mendapat ribuan tontonan.
Ketekunan beliau dalam memperkayakan diri dengan ilmu perundangan syariah serta kemampuan memahami kehendak Mahkamah dan peruntukkan undang-undang membolehkan beliau menjadi tempat rujukan rakan-rakan samaada peguam mahupun selainnya. Kepetahan berbicara dan bijak dalam berhujah menunjukkan kaliber beliau sebagai seorang peguam yang perlu ditakuti dan disegani oleh oleh rakan dan musuh. Semangat dan ketokohan beliau membuatkan rakan-rakan peguam yakin untuk melantik beliau sebagai 'co-council' dalam mengendalikan kes-kes yang kompleks.
Mempunyai sifat yang mesra dan mudah didekati, menyebabkan klien sentiasa merasa senang untuk berbicara dengan beliau. Sifat merendah diri juga menyebabkan beliau disenangi oleh masyarakat awam dan juga peguam-peguam yang lebih senior. Walaupun beliau mempunyai sifat empati dan simpati terhadap kesedihan dan penderitaan yang dialami, namun beliau juga bijak dalam meletakkan garis sempadan antara perasaan sebagai manusia dan juga peranan sebagai seorang peguam dalam menilai kedudukan undang-undang dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh klien.
Keberadaan beliau di dalam firma ini menjadikan ianya mudah untuk anda membuat pilihan siapakah yang akan anda lantik sebagai peguamcara anda di Mahkamah nanti.
Anda boleh berhubung dan bertanyakan sebarang soalan kepada beliau di laman tiktok yang dilampirkan di sini.